PELAN RUMAH 11

Pelan Rumah 11 - Gaya Kediaman
                                  Bangsawan Barat                  

        Rekabentuk pada pelan rumah menampilkan adunan seni bina Eropah, reka bentuk banglo dua tingkat ini memperlihatkan gaya kediaman mewah golongan bangsawan di negara barat.

        Kawasan hadapan rumah tidak dipagari supaya keindahan luaran rumah dapat ditonjolkan. Namun, penghuni tidak bimbang kerana banglo ini dilengkapi sistem keselamatan terkini.
        Pelan rumah aras bawah menempatkan ruang tamu, ruang makan, bilik kerja, ruang dapur kering dan basah, serta bilik tidur tetamu.
        Pelan rumah aras atas menawarkan keselamatan dan suasana persendirian kepada tuan rumah, di samping memuatkan empat bilik tidur, termasuk bilik tidur utama dan ruang keluarga.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.