PELAN RUMAH 16

Pelan Rumah 16 - Mewah Berjendela Kaca
        Pelan rumah berkonsepkan berbumbung perabung tinggi rendah, banglo mewah dua tingkat ini menonjolkan banyak penggunaan jendela kaca, terutama di aras atas.
        Pelan rumah menunjukkan dua anjung berbumbung mengunjur, yang mana satu dibina di tengah bagi memayungi ruang masuk dan satu lagi di bahagian tepi rumah ditegakkan oleh stuktur bertiang bata.

        Ruang perantaraan (teres) diwujudkan bagi meredupkan kawasan ruang dalaman.
        Pelan rumah menunjukkan kolam ikan mengelilingi rumah memberi ketenangan dan kesegaran ruang dalaman melalui bunyi deruan dan kehadiran air pancut.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.