Kelulusan Pelan bahagian 1

Patuhi Undang - undang dengan
Kelulusan Pelan


Di bawah peruntukan Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, tiada seseorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dariapda Pihak Berkuasa Tempatan. Sesiapa yang ingin membangunkan sesuatu bangunan oleh itu perlu mengemukakan pelan dan penentuan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah akta 133.


Tujuan
Untuk kawalan pembangunan dan perancangan yang teratur. Ia perlu bagi memastikan penyeragaman sebarang kerja pembinaan atau tambahan/ubahsuai bagi pemilik-pemilik bangunan di kawasan pentadbiran Pihak berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat.

Kelayakan Untuk Memohon
Layak memohon sekiranya :
  • Mempunyai tanah milik sendiri (nama anda tercatat dalam geran tanah berkenaan)
  • Jika nama anda belum dimasukan ke dalam geran tanah, dokumen perjanjian jualbeli yang disahkan oleh pengamal undang-undang boleh diterima.
  • Syarat nyata tanah adalah bangunan (pemilik tunggal) atau pertanian (milik bersama).
  • Menyewa tanah orang lain hendaklah mendapat perjanjian persetujuan yang sah dari tuan tanah.
  • Andainya tanah adalah milik bersama, maka persetujuan dari kesemua pemilik hendaklah diperolehi.

Bagaimana Memohon
Sekiranya anda bercadang membina sebuah rumah pelan, cadangan hendaklah disediakan oleh:
  • Arkitek Berdaftar atau
  • Pelukis Pelan Berdaftar
  • Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar ini hendaklah dipilih dan dilantik sendiri oleh pemilik dan akan berurusan dengan PBT terlibat bagi pihak pemilik.