PELAN RUMAH 18

Pelan Rumah 18 - Dilengkapi Laman 
                                  Dalaman
        Ciri istimewa pelan rumah ini ialah menampilkan kemudahan laman dalaman (courtyard).

        Dibentuk di sebahagian kawasan tengah rumah, laman dalaman ini dilengkapi kolam dan air pancut yang berupaya mengundang pengudaraan dan pencahayaan semulajadi.
        Pelan rumah menunjukkan ruang tamunya mempunyai ketinggian double volume yang dibina menghadap ke kawasan laman dalaman berkenaan.
        Reka bentuk pelan rumah menonjolkan seni bina tropika semasa.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 17

Pelan Rumah 17 - Banglo Di Lereng Bukit

        Sesuai dengan kedudukannya, maka susunatur pelan rumah ruang tamu banglo ini dibina menghadap cerun bukit.

        Pelan rumah menunjukkan anjung letak kereta yang menampilkan bentuk bumbung piramid dan ditegakkan oleh tiang bulat berkaki kemasan batu berbentuk segi empat seolah-olah kelihatan terasing daripada binaan keseluruhan rumah.
        Bilik berdandan dibina di tengah-tengah antara bilik air dan bilik tidur utama.
        Pelan rumah aras atas menempatkan lima bilik tidur, di samping menyediakan ruang keluarga yang berukuran luas.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 16

Pelan Rumah 16 - Mewah Berjendela Kaca
        Pelan rumah berkonsepkan berbumbung perabung tinggi rendah, banglo mewah dua tingkat ini menonjolkan banyak penggunaan jendela kaca, terutama di aras atas.
        Pelan rumah menunjukkan dua anjung berbumbung mengunjur, yang mana satu dibina di tengah bagi memayungi ruang masuk dan satu lagi di bahagian tepi rumah ditegakkan oleh stuktur bertiang bata.

        Ruang perantaraan (teres) diwujudkan bagi meredupkan kawasan ruang dalaman.
        Pelan rumah menunjukkan kolam ikan mengelilingi rumah memberi ketenangan dan kesegaran ruang dalaman melalui bunyi deruan dan kehadiran air pancut.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 15

Pelan Rumah 15 - Segitiga Berdinding Kaca

        Pelan rumah adalah binaan banglo berbentuk 2 1/2 tingkat yang memaparkan seni bina bergaya moden semasa.

        Jika dilihat dari pelan rumah, banglo ini sebenarnya berbentuk segi tiga dan mempunyai aras tambahan di bawah tanah yang dijadikan ruang beristirahat dengan menawarkan bilik permainan, bilik pandang dengar dan bilik tetamu. Binaan kolam renang juga terletak di aras ini.

        Memenuhi impian tuan rumah, arkitek lebih mengutamakan binaan dinding berkaca supaya suasana dalaman ruang tidak nampak terkongkong.

        Pelan rumah aras bawah menempatkan ruang keluarga berkonsep terbuka bersekali ruang makan dan ruang dapur kering. Bilik tetamu dan ruang keluarga turut ditempatkan di aras ini.

        Empat bilik tidur dan ruang keluarga pula mengisi ruang aras pertama.

        Pada pelan rumah menunjukkan bahagian paling atas menempatkan ruang lapang dengan lantai berkemasan kayu yang dibentuk seperti pelantar sesuai dijadikan tempat berdansa.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 14

Pelan Rumah 14 - Klasik Eropah
        Sentuhan reka bentuk pelan rumah nya berkonsepkan seni bina klasik Eropah. Jika dilihat dari udara, banglo ini sebenarnya berbentuk U dengan kolam renang dan taman yang mengisi ruang di antaranya.

        Dari luar nampak seperti dua tingkat, tetapi ruang dalamnnya menawarkan tiga aras dengan aras paling bawah terletak di bawah tanah.

        Rekabentuk pelan rumah sesuai untuk ahli keluarganya berkumpul dan beristirahat di kediaman ini pada hujung minggu, tingkat paling bawah itu dibangunkan sebagai ruang menempatkan alat pandang dengar, gimnasium, bilik permainan dan sauna.
        Pelan rumah aras satu yang selari dengan jalan utama menempatkan dua ruang tamu yang luas, ruang makan yang menawarkan suasana pemandangan menghadap kolam renang, dua bilik tidur, termasuk bilik tidur tetamu dan bilik belajar serta ruang dapur.
        Pelan rumah aras dua pula menempatkan enam bilik tidur, termasuk bilik tidur utama yang dilengkapi lounge, bilik persalinan dan kamar mandi yang luas. Demi keselesaan anggota keluarga, loteng juga disediakan di aras ini.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 13

Pelan Rumah 13 - 2 Setengah Tingkat 
                                 Berbumbung Senget

        Pelan rumah Seni bina luaran banglo 2 1/2 tingkat ini menjurus kepada seni bina moden dengan mengetengahkan bumbung yang senget, tidak searas dan bertingkat-tingkat.

        Kaki lima rumah diturap dan dipasang bumbung khusus bagi keselesaan penghuni ketika beristirahat di luar rumah.

        Susun atur pelan rumah berkonsep lapang dan terbuka selari dengan kehendak tuan rumah. Binaan tingkap sorong kaca di ruang tamu dan ruang makan membenarkan penghuni menikmati keindahan taman dari dalam rumah tanpa gangguan.
        Aras bawah menempatkan ruang tamu, ruang makan, kaunter bersarapan, bilik pandang dengar dan dua bilik tidur serta bilik berbedak untuk kegunaan tetamu.

        Pelan rumah pada aras pertama pula dikhususkan untuk kegunaan anggota keluarga dengan menempatkan tiga bilik tidur, termasuk bilik tidur utama yang dilengkapi bilik belajar/kerja dan bilik air tersendiri, gimnasium dan ruang keluarga.
        Pada pelan rumah, meskipun tidak semua ruang dihuni, namun baki ruang yang ada di tingkat paling atas turut dimanfaatkan sebagai dua bilik tidur, ruang keluarga dan bilik belajar untuk kegunaan tetamu yang datang bersama-sama keluarga atau kegunaan anak jika meningkat dewasa.