PELAN RUMAH 20

Pelan Rumah 20 - Senibina Tropika

        Pelan rumah berbumbung bertingkat, rumah berkembar ini ditunjangi tiang berkaki kemasan bata di sekelilingnya.
        Seni bina pelan rumah memperlihatkan sentuhan berasaskan binaan berciri tropika.

        Pendekatan konsep binaan yang ditekankan ialah cuba mewujudkan suasana dalaman yang penuh selesa.
        Paling istimewa, pelan rumah menunjukkan kolam ikan dibina mengelilingi  bahagian hadapan rumah, bertujuan menyisipkan suasana tenang dan nyaman bagi menguasai persekitaran halaman.

Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 19

Pelan Rumah 19 - Menawarkan 
                                  Pencahayaan 
                                  Semulajadi
        Seni bina dan susun atur pelan rumah ini merujuk kepada sifat semulajadi tapak. Banglo ini didirikan di kawasan berbukit dan dikelilingi hutan rimba.

        Menyerlahkan unsur mesra alam dari segi imej dan bahan binaan iaitu mengetengahkan kemasan kayu dan batu loh.

        Susun atur ruang pelan rumah ini mengutamakan keselesaan melalui penyediaan ruang yang membawa masuk banyak pencahayaan dan pengudaraan semulajadi.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 18

Pelan Rumah 18 - Dilengkapi Laman 
                                  Dalaman
        Ciri istimewa pelan rumah ini ialah menampilkan kemudahan laman dalaman (courtyard).

        Dibentuk di sebahagian kawasan tengah rumah, laman dalaman ini dilengkapi kolam dan air pancut yang berupaya mengundang pengudaraan dan pencahayaan semulajadi.
        Pelan rumah menunjukkan ruang tamunya mempunyai ketinggian double volume yang dibina menghadap ke kawasan laman dalaman berkenaan.
        Reka bentuk pelan rumah menonjolkan seni bina tropika semasa.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 17

Pelan Rumah 17 - Banglo Di Lereng Bukit

        Sesuai dengan kedudukannya, maka susunatur pelan rumah ruang tamu banglo ini dibina menghadap cerun bukit.

        Pelan rumah menunjukkan anjung letak kereta yang menampilkan bentuk bumbung piramid dan ditegakkan oleh tiang bulat berkaki kemasan batu berbentuk segi empat seolah-olah kelihatan terasing daripada binaan keseluruhan rumah.
        Bilik berdandan dibina di tengah-tengah antara bilik air dan bilik tidur utama.
        Pelan rumah aras atas menempatkan lima bilik tidur, di samping menyediakan ruang keluarga yang berukuran luas.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 16

Pelan Rumah 16 - Mewah Berjendela Kaca
        Pelan rumah berkonsepkan berbumbung perabung tinggi rendah, banglo mewah dua tingkat ini menonjolkan banyak penggunaan jendela kaca, terutama di aras atas.
        Pelan rumah menunjukkan dua anjung berbumbung mengunjur, yang mana satu dibina di tengah bagi memayungi ruang masuk dan satu lagi di bahagian tepi rumah ditegakkan oleh stuktur bertiang bata.

        Ruang perantaraan (teres) diwujudkan bagi meredupkan kawasan ruang dalaman.
        Pelan rumah menunjukkan kolam ikan mengelilingi rumah memberi ketenangan dan kesegaran ruang dalaman melalui bunyi deruan dan kehadiran air pancut.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 15

Pelan Rumah 15 - Segitiga Berdinding Kaca

        Pelan rumah adalah binaan banglo berbentuk 2 1/2 tingkat yang memaparkan seni bina bergaya moden semasa.

        Jika dilihat dari pelan rumah, banglo ini sebenarnya berbentuk segi tiga dan mempunyai aras tambahan di bawah tanah yang dijadikan ruang beristirahat dengan menawarkan bilik permainan, bilik pandang dengar dan bilik tetamu. Binaan kolam renang juga terletak di aras ini.

        Memenuhi impian tuan rumah, arkitek lebih mengutamakan binaan dinding berkaca supaya suasana dalaman ruang tidak nampak terkongkong.

        Pelan rumah aras bawah menempatkan ruang keluarga berkonsep terbuka bersekali ruang makan dan ruang dapur kering. Bilik tetamu dan ruang keluarga turut ditempatkan di aras ini.

        Empat bilik tidur dan ruang keluarga pula mengisi ruang aras pertama.

        Pada pelan rumah menunjukkan bahagian paling atas menempatkan ruang lapang dengan lantai berkemasan kayu yang dibentuk seperti pelantar sesuai dijadikan tempat berdansa.