Berbumbung Senget
•
Pelan
rumah Seni bina luaran banglo 2 1/2 tingkat ini menjurus
kepada seni bina moden dengan mengetengahkan bumbung yang senget, tidak searas
dan bertingkat-tingkat.
•
Kaki
lima rumah diturap dan dipasang bumbung khusus bagi keselesaan penghuni ketika
beristirahat di luar rumah.
•
Susun
atur pelan rumah berkonsep lapang
dan terbuka selari dengan kehendak tuan rumah. Binaan tingkap sorong kaca di
ruang tamu dan ruang makan membenarkan penghuni menikmati keindahan taman dari
dalam rumah tanpa gangguan.
•
Aras
bawah menempatkan ruang tamu, ruang makan, kaunter bersarapan, bilik pandang
dengar dan dua bilik tidur serta bilik berbedak untuk kegunaan tetamu.
•
Pelan rumah pada aras pertama pula
dikhususkan untuk kegunaan anggota keluarga dengan menempatkan tiga bilik
tidur, termasuk bilik tidur utama yang dilengkapi bilik belajar/kerja dan bilik
air tersendiri, gimnasium dan ruang keluarga.
•
Pada
pelan rumah, meskipun tidak semua
ruang dihuni, namun baki ruang yang ada di tingkat paling atas turut
dimanfaatkan sebagai dua bilik tidur, ruang keluarga dan bilik belajar untuk
kegunaan tetamu yang datang bersama-sama keluarga atau kegunaan anak jika
meningkat dewasa.
Jika
anda berminat dengan rekabentuk diatas,
sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat
menyesuaikannya dengan
SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.