PELAN RUMAH 14

Pelan Rumah 14 - Klasik Eropah
        Sentuhan reka bentuk pelan rumah nya berkonsepkan seni bina klasik Eropah. Jika dilihat dari udara, banglo ini sebenarnya berbentuk U dengan kolam renang dan taman yang mengisi ruang di antaranya.

        Dari luar nampak seperti dua tingkat, tetapi ruang dalamnnya menawarkan tiga aras dengan aras paling bawah terletak di bawah tanah.

        Rekabentuk pelan rumah sesuai untuk ahli keluarganya berkumpul dan beristirahat di kediaman ini pada hujung minggu, tingkat paling bawah itu dibangunkan sebagai ruang menempatkan alat pandang dengar, gimnasium, bilik permainan dan sauna.
        Pelan rumah aras satu yang selari dengan jalan utama menempatkan dua ruang tamu yang luas, ruang makan yang menawarkan suasana pemandangan menghadap kolam renang, dua bilik tidur, termasuk bilik tidur tetamu dan bilik belajar serta ruang dapur.
        Pelan rumah aras dua pula menempatkan enam bilik tidur, termasuk bilik tidur utama yang dilengkapi lounge, bilik persalinan dan kamar mandi yang luas. Demi keselesaan anggota keluarga, loteng juga disediakan di aras ini.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.