PELAN RUMAH 8

Pelan Rumah 8 - Ditambah Loteng
        Pelan rumah berkembar setingkat yang telah diubah suai daripada reka bentuk asal, menampilkan penambahan binaan loteng di bawah bumbung berperabung yang dibina di bahagian tengah rumah.

        Tangga kayu dibina di sisi dinding untuk menghubungkan ruang keluarga dengan loteng.

        Bumbung genting ditambah bukaan udara supaya suasana loteng tidak berasa terkurung.

        Ruang tamu di hadapan diperbesarkan diikuti dengan pelan rumah pada binaan patio di bahagian hadapan pintu kaca sorong.
        Bahagian hadapan rumah menampilkan gaya bumbung berperabung dan bertebar layar dengan tunjuk langit di puncak rabung hadapan.

        Binaan beranda yang dibentuk selari dengan ruang tamu khusus memenuhi keperluan sebagai tempat beristirahat seisi keluarga.

        Pelan rumah ini menunjukkan sebahagian kawasan di ruang tengah diperuntukkan mengisi kemudahan ruang menonton yang dibina beriringan dengan ruang keluarga, manakala bahagian paling belakang menempatkan dua lagi bilik tidur dan ruang dapur.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.