PELAN RUMAH 9

Pelan Rumah 9 - Mementingkan Pengudaraan
        Pelan rumah berkedudukan di lereng bukit,,bahagian hadapan rumah dibina di aras bukit yang tinggi, manakala bahagian belakang di aras yang rendah sekaligus mewujudkan ruang bawah tanah di bahagian belakang.

        Bumbung rumah daripada jubin simen dibina bertingkat-tingkat melahirkan reka bentuk menawan.

        Selain tingkap jenis daun, reka bentuk banglo ini juga mengutamakan penggunaan tingkap kaca ram jenis kekal yang menyumbang kepada sistem pengudaraan yang lebih berkesan, manakala penggunaan dinding kaca blok memberi pendedahan kepada kemasukan cahaya yang maksimum.
        Pelan rumah aras bawah tanah menempatkan bilik tidur tetamu yang juga dijadikan bilik belajar dan bilik pembantu rumah, manakala sebahagian persekitaran luaran menampilkan sebuah binaan kolam.

        Pelan rumah aras teratas menyediakan ruang bilik tidur utama dan sebuah lagi bilik yang dilengkapi balkoni.
        Pelan rumah menunjukkan keperluan ruang utama yang lain seperti ruang makan, ruang dapur dan stor yang dibina dalam keadaan selari tetapi kedudukan ruang tamu lebih rendah berbanding ruang lain mengisi perancangan kawasan di aras atas.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.