PELAN RUMAH 1

Pelan Rumah 1 - Menghadap Laut
        Rekabentuk pelan rumah ini kedudukannya di tepi laut memberikan imej ekslusif pada banglo ini. Menyerlahkan ciri seni bina tropika yang menghadap laut, banglo ini turut dilengkapi jeti persendirian.

        Pelan rumah ini menunjukkan Anjung tempat letak kereta yang bersambung dengan pintu masuk utama adalah bahagian belakang rumah, manakala bahagian yang bersambung dengan jeti membentuk bahagian hadapannya.
        Jika dilihat pada pelan rumah ini, ia dibina dua tingkat dengan tiga bumbung piramid yang berasingan, termasuk binaan menara di bahagian tengah dan pondik jeti.

        Aras bawah pelan rumah menunjukkan lokasi ruang tamu yang menghala ke jeti, manakala ruang makan dan ruang dapur terletak di bahagian tengah. Bilik tetamu dan bilik pembantu disediakan berhampiran pintu masuk.
        Aras atas pelan rumah menunjukkan lokasi bilik tidur utama, ruang keluarga dan bilik tidur anak.

        Spesifikasi bahan binaan pada pelan rumah ini mengutamakan kemasan kayu dan konkrit.



    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.