• Pelan
rumah banglo ini juga menampilkan rekabentuk bangunan yang
dibina menghadap terus ke laut.
• Pada pelan
rumah ini, rekabentuknya adalah berkonsep rumah peranginan, kedudukannya
dibina dari daratan memanjang ke perairan dan disambungkan dengan jeti
berbumbung.
• Pelan
rumah ini menunjukkan susunatur tamannya bertumpu di bahagian
tepi laut dan sekitar jeti.
• Reka bentuknya memanfaatkan segenap ruang
yang ada. Justeru, pelan rumah
tingkat aras lantai bawah agak padat.
• Pintu masuk utama disambut oleh ruang legar
yang lapang, diikuti ruang tamu juga berkeadaan lapang yang dibina bersambung
dengan lantai jeti.
• Di kiri ruang tamu ialah bilik tidur utama,
manakala ruang makan dan dapur dibangunkan di bahagian sebelah kanan, terpisah
oleh pintu masuk ke ruang dan binaan tangga.
• Pelan
rumah aras atas pula menempatkan sebuah lagi bilik tidur
utama, ruang kosong di tengah dan diikuti dua bilik anak-anak.
Jika
anda berminat dengan rekabentuk diatas,
sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat
menyesuaikannya dengan
SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.