PELAN RUMAH 4

Pelan Rumah 4 - Balkoni Menyuntik Seri

        Pelan rumah ini menampilkan reka bentuk satu setengah tingkat dengan keluasan kira-kira 160 meter persegi.

        Rekabentuk rumah ini menyediakan empat bilik tidur, masing-masing dua di aras bawah dan atas.

        Kehadiran balkoni di aras atas yang berbentuk melengkung di bahagian hadapan menaikkan seri pembinaan rumah yang berstruktur konkrit tetulang ini.

        Tingkap dikemaskan dengan kerangka aluminium, manakala pintu masuk utama dan pintu bilik dipermuat daripada papan lapis berpermukaan rata.

        Keseluruhan ruang dalaman pada pelan rumah ini, termasuk anjung luaran dan kawasan letak dikemaskan dengan lantai seramik.

        Tingkat bawah menampilkan tiga binaan anjung merangkumi kawasan letak kereta, berhadapan ruang tamu dan satu lagi bersebelahan ruang makan.

        Rekabentuk pelan rumah pada binaan bumbung yang lebar memberi kesan pemandangan lebih luas pada rumah.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.