PELAN RUMAH 3

Pelan Rumah 3 - Berkonsepkan Resort


        Satu lagi pelan rumah di tepi laut, tetapi tidak menawarkan perhubungan terus ke laut kerana jeti dibina terlindung dari pandangan di pintu masuk utama.

        Pada pelan rumah ini, lantai jeti dibina memanjang berasaskan huruf S dengan pondok jeti di tengah. Binaan lantai yang menghubungkan rumah dengan jeti terletak di sisi.

        Pintu masuk utama membawa ke ruang legar yang bersambung dengan ruang tamu di kiri. Seterusnya ialah ruang makan rasmi dan bilik tidur tetamu, bilik pembantu dan ruang dapur yang dibina selari.



        Pada pelan rumah ini, Reka bentuk banglo lebih padu dengan kemasan dinding konkrit di merata tempat, namun di bahagian tertentu di aras atas dibina beranda berpengadang berkekisi kayu.



        Binaan bumbungnya berbentuk memanjang dan berperabung serta bertebar layar.


        Jika dilihat pada pelan rumah ini, bumbung tempat letak kereta di sisi rumah ditegakkan oleh tiang batu-bata yang tidak dilepa.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.