PELAN RUMAH 2

Pelan Rumah 2 - Berkonsepkan Rumah Peranginan
     Pelan rumah banglo ini juga menampilkan rekabentuk bangunan yang dibina menghadap terus ke laut.

      Pada pelan rumah ini, rekabentuknya adalah berkonsep rumah peranginan, kedudukannya dibina dari daratan memanjang ke perairan dan disambungkan dengan jeti berbumbung.

      Pelan rumah ini menunjukkan susunatur tamannya bertumpu di bahagian tepi laut dan sekitar jeti.

      Reka bentuknya memanfaatkan segenap ruang yang ada. Justeru, pelan rumah tingkat aras lantai bawah agak padat.
      Pintu masuk utama disambut oleh ruang legar yang lapang, diikuti ruang tamu juga berkeadaan lapang yang dibina bersambung dengan lantai jeti.

      Di kiri ruang tamu ialah bilik tidur utama, manakala ruang makan dan dapur dibangunkan di bahagian sebelah kanan, terpisah oleh pintu masuk ke ruang dan binaan tangga.

      Pelan rumah aras atas pula menempatkan sebuah lagi bilik tidur utama, ruang kosong di tengah dan diikuti dua bilik anak-anak.

    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.

PELAN RUMAH 1

Pelan Rumah 1 - Menghadap Laut
        Rekabentuk pelan rumah ini kedudukannya di tepi laut memberikan imej ekslusif pada banglo ini. Menyerlahkan ciri seni bina tropika yang menghadap laut, banglo ini turut dilengkapi jeti persendirian.

        Pelan rumah ini menunjukkan Anjung tempat letak kereta yang bersambung dengan pintu masuk utama adalah bahagian belakang rumah, manakala bahagian yang bersambung dengan jeti membentuk bahagian hadapannya.
        Jika dilihat pada pelan rumah ini, ia dibina dua tingkat dengan tiga bumbung piramid yang berasingan, termasuk binaan menara di bahagian tengah dan pondik jeti.

        Aras bawah pelan rumah menunjukkan lokasi ruang tamu yang menghala ke jeti, manakala ruang makan dan ruang dapur terletak di bahagian tengah. Bilik tetamu dan bilik pembantu disediakan berhampiran pintu masuk.
        Aras atas pelan rumah menunjukkan lokasi bilik tidur utama, ruang keluarga dan bilik tidur anak.

        Spesifikasi bahan binaan pada pelan rumah ini mengutamakan kemasan kayu dan konkrit.



    Jika anda berminat dengan rekabentuk diatas, sila hubungi kami untuk KHIDMAT MEREKABENTUK,MELUKIS PELAN DAN KELULUSAN. Dengan itu supaya kami dapat menyesuaikannya dengan  SAIZ SERTA KEADAAN TAPAK TANAH ANDA.
 
 

Kelulusan Pelan bahagian 2

Keperluan Permohonan
Kelulusan Pelan


Setiap permohonan perlu mengandungi perkara-perkara di bawah :-

1. PELAN BANGUNAN
a) Mengemukakan permohonan beserta Borang ‘A' yang telah lengkap.
b) Mengemukakan pelan bangunan
c) Tandatangan pemilik dan Jurutera / Arkitek / Pelukis Pelan di atas tiap-tiap muka pelan.
d) Nama, alamat, no. kad pengenalan pemilik dan nama, alamat, no. pendaftaran Jurutera / Arkitek / Pelukis Pelan di tulis di atas tiap-tiap pelan.
e) Semua pelan hendaklah diwarnakan dengan lengkap.
f) Saiz pelan hendaklah berukuran A1 (594mm x 841mm) atau A0 (841mm x 1189mm).
g) Tiap-tiap pelan hendaklah dilipat bersaiz A4, disusun dengan teratur dan dijilidkan.
h) Ruang kosong berukuran minima 100mm x 300mm untuk kegunaan pejabat.

2. DOKUMEN
a) Salinan surat hakmilik tanah.
b) Salinan resit cukai tanah yang terbaru.
c) Salinan resit cukai harta yang terbaru.
d) Salinan kad pengenalan pemilik
e) Borang Berkaitan
f) BORANG 'A' - Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan
g) Senarai Semak Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan

3. BAYARAN
a) Bayaran fi proses pelan serta kiraan
b) Bayaran cagaran pelan
c) Bayaran permit meletak bahan binaan